Showing posts with label Latihan Menulis Secara Kreatif. Show all posts
Showing posts with label Latihan Menulis Secara Kreatif. Show all posts

Thursday, 5 May 2016

SOALAN 6

Hak Milik ITBM

6. Dalam sebuah filem koboi yang teruk, seorang lelaki jahat bertopi koboi berjalan masuk ke dalam sebuah bar. Dia kelihatan berbahaya dan marah. Ceritakan perkara yang berlaku dengan pengakhiran yang menggembirakan.

JAWAPAN :

     Seorang lelaki yang bertobi koboi berjalan menuju ke meja bar di depan dengan wajah yang sangat bengis dan dalam keadaan marah. Suasana sepi seketika. Pelanggan-pelanggan yang berada di situ hanya melihat dirinya dengan penuh ketakutan. Takut diapa-apakan. Apatah lagi melihat dua pucuk pistol yang tergantung di sebelah kiri dan kanan tepi seluar lelaki bertopi koboi itu.

Keting! keting!

Rantai kasut butnya terus berbunyi. Dengan suara yang garau dan kasar dia memesan minuman. pelayan yang berada di situ segera menyiapkan pesanannya. Bukan mereka tidak kenal lelaki itu. Lelaki yang terkenal dengan kes jenayah. Akhirnya dia mengambil tempat sebelah hujung yang jauh dengan pelanggan lain. Satu keluhan lega dilepaskan oleh mereka semua. Suasana riuh semua.

Dia menyandar dan mengeluh. Memang dia seorang yang jahat namun hari ini merupakan hari malapetaka baginya. Seolah-olah hukum karma. Biasanya dia yang mempedajalkan orang lain. Kini sudah berlaku sebaliknya pula. Mula-mula Kudanya dicuri orang lain. Sudah berjalan kepenatan sambil dipayungi matahari terik. Baru dia sedar yang kocek seluarnya telah terkoyak menyebabkan duit sakunya tercicir. Kini, perutnya pula sudah membuat irama muzik koboi.

Dia meneguk air minumannya dengan rakus lalu mengeluh sekali lagi. Dia melihat air minumannya yang tinggal separuh. Boleh saja dia minta air percuma dengan mengambil kesempatan menunjukkan kuasanya.Tapi, dia sangat penat. Tiba-tiba ada seorang budak lelaki menarik kerusi berhadapan dengannya lalu duduk melihat wajahnya sambil tersenyum. Terkerut kening lelaki bertopi koboi itu seketika.

Adakah ini salah satu malapetaka?, fikir dirinya. Dia melihat lagi budak itu dengan wajah yang garang tetapi budak itu langsung tidak takut dan terus melihatnya sambil tersenyum.

“Hei budak! Kau nak apa?” tanyanya dengan kasar.

“Pakcik… pakcik dari mana?”

“Pakcik?”

Terjongket-jongket misai tebal lelaki bertopi koboi apabila dipanggil begitu. Namun, soalan budak itu itu lebih pelik. Adakah itu soalan pertama yang sesuai apabila bertanya dengan seseorang yang belum dikenali?

“Sibuk saja. Siapa kau sebenarnya? Mana ayah dan ibu kau?” lelaki itu bertanya lagi dengan kasar.

“Saya budak jalanan. Ayah dan ibu saya sudah tiada.”

“Dasar budak jalanan menyibuk. Pergi sana! Jangan kacau aku. Aku tiada duit nak…”

Belum sempat lelaki bertopi koboi itu menghabiskan ayatnya. Terbuntang mata lelaki bertopi koboi itu melihat secubit roti yang disua kepadanya. Dia melihat budak lelaki itu pula dengan pandangan yang kosong.

“Saya nampak pakcik tadi berjalan panas-panas. Muka pakcik pun sekarang nampak pucat. Saya tahu pakcik lapar. Jadi, saya nak berkongsi dengan pakcik roti ini. Kakak yang jual roti di kedai sebelah sana beri pada saya percuma. Nahlah pakcik!”

Jeda.

Akhirnya lelaki bertopi koboi itu tersenyum untuk pertama kali hingga menampakkan gigi kuningnya. Namun, masih mengerunkan pada sesiapa yang melihatnya. Ini adalah pertama kali juga ada seseorang yang berbudi kepadanya dan melihatnya seperti insan-insan lain. Dia menganga mulutnya dan budak lelaki itu pantas menyuapkannya.

Mereka kini sedang berbual dan kelihatan mesra. Ada sesuatu perubahan yang berlaku pada lelaki bertopi koboi itu secara tidak diduga. Dia tekad untuk membuang topi koboi yang menjadi lambang keganasan atau keagungan baginya. Dia berhajat untuk menjadikan budak lelaki itu sebagai anak angkatnya.

Wednesday, 4 May 2016

SOALAN 5

(Hak Milik ITBM)


5. Gambarkan benda melekit yang terlekat di dalam bekas yang terletak di bahagian bawah singki. Jangan guna perkataan menjijikkan atau menggelikan.

JAWAPAN :

    Minggu ini merupakan tugas Nurul untuk mengemas rumah. Di saat kawan mereka pergi beriadah di luar. Dia mengambil peluang untuk mengemas rumah pada hari ini. Saat dia sedang mengemas bahagian dapur, dia terhidu bau yang kurang menyenangkan. Puas dia mencari dari mana datangnya bau itu lalu dia terpandang sebuah bekas polisterin berwarna putih jernih. Ia amat meloyakan Nurul apabila menyedari isi bekas itu adalah nasi yang telah basi dan sudah berlendir.

Tuesday, 3 May 2016

SOALAN 4

(Hak Milik ITBM)


4. Tulis satu perenggan tentang seekor kucing yang menerkam sesuatu, tetapi jangan guna perkataan mendesis, mencakar atau menerkam.

JAWAPAN :

   Luna ialah seekor kucing gemuk berwarna putih telah ternampak seekor tikus kelabu di bawah meja. Akhirnya, Luna telah menangkap dan mengigit tikus itu.

SOALAN 3


(Hak Milik ITBM)

3. Tulis satu perenggan yang mempunyai sekurang-kurangnya 10 perkataan yang berima dengan 'jadi'.

JAWAPAN :

    Tidak lama lagi, Sofia akan menyambut sambutan hari jadi. Dia akan menyambut sambutan itu di rumahnya. Bagi melancarkan dan menjayakan sambutan itu, ibu dan abi Sofia telah mengambil cuti. Keluarga Sofia merancang untuk mengadakan sambutan itu pada waktu pagi. Pelbagai acara juga akan diadakan sempena hari sambutan tersebut iaitu pertandingan cari harta karun, pertandingan rebut kerusi dan pertandingan menari. Ramai Sofia akan hadir termasuklah kawan baik Sofia iaitu Wati.



Thursday, 28 April 2016

SOALAN 2


Sumber Rujukan (Hak Milik ITBM)

2.    Silly (Pandir) ialah seorang lelaki pertengahan umur yang menyikat helaian rambutna yang tidak bermaya untuk membentuk jambul berpusar lalu melekatkannya dengan penyembur rambut pada kepalanya yang botak dan berharap tiada sesiapa yang akan mengetahuinya.

   Silly(pandir) ialah seekor anjing baka golden retriever yang perlahan-lahan merangkak turun dari sofa setiap kali tuannya pulang ke rumah, berharap - walaupun banyak bulunya yang melekat pada sofa tersebut - tuannya tidak menyedari bahawa dia telah tidur di atas sofa itu. 

 Apakah benda lain lagi yang menunjukkan Silly(pandir? Berikan tiga lagi contoh.

JAWAPAN :

  Silly(Pandir) ialah seorang budak lelaki berumur 7 tahun mengigit dakwat pensil warna dan menelannya sewaktu di dalam kelas dan memberi alasan bahawa dia menyangka pensil-pensil tersebut adalah gula selepas ditegur oleh guru kelasnya.

   Silly(pandir) ialah seorang datuk yang telah memarahi cucu-cucunya dan menuduh mereka telah mencuri cermin matanya yang hilang tanpa menyedari sebenarnya dia yang telah lupa meletak cermin matanya sendiri.

   Silly(pandir) ialah seorang cikgu yang pantang mendengar muridnya bising atau bertanya sewaktu dia sedang mengajar. Pada suatu hari, salah seorang muridnya telah dimarahi dan didenda berdiri di atas kerusi sehingga habis kelas kerana mengangkat tangan sewaktu dia sedang sibuk mengajar. Akhir kelas, baru dia menyedari bahawa zip seluarnya telah terbuka.



Tuesday, 26 April 2016

SOALAN 1

27 April 2016

Rujukan :  (Hak Milik ITBM)


1. Tulis satu perenggan tentang seorang kanak-kanak perempuan yang bernama Dot, tanpa menggunakan huruf yang bertitik (i,j)

JAWAPAN SAYA :

Dot merupakan kakak kepada Ana yang suka makan ayam goreng. Buah Epal juga merupakan buah kegemaran Dot. Dot juga membela seekor burung dan dinamakan Lulu. Dot suka meluangkan masa bersama Lulu.







MENULIS SECARA KREATIF

Hari ini saya terjumpa buku Menulis Secara Kreatif keluaran dari Institut Terjemahan & Buku Malaysia di perpustakaan. Memanggil saya untuk meminjam buku ini kerana latihan-latihan yang diberikan amat menarik dan dapat memahirkan lagi penulisan saya.

Buku ini mengandungi 200 latihan yang boleh dijawab mengikut syarat dan kreativiti kita sendiri. Saya akan berkongsi setiap soalan latihan dan jawapan yang telah saya buat di blog ini setiap hari. Sahabat-sahabat boleh pilih label "Latihan Menulis Secara Kreatif"  dan bolehlah mencuba sekali. :)




Tajuk : Menulis Secara Kreatif

Harga : MYR 20.00

Keluaran : ITBM